Search This Blog


Pages

Wednesday, June 16, 2010

Jemputan penyertaan ke Program-program Antarabangsa 2010



Jemputan Penyertaan ke Program-Program Antarabangsa 2010

Persekutuan Pengakap Malaysia menjemput para Pengakap berdaftar dan Pemimpin Pengakap berdaftar untuk turut serta ke Program-Program Pengakap Antarabangsa anjuran oleh Organisasi Pengakap di Rantau Asia-Pasifik untuk tahun 2010.

Diantara acara tersebut:

1. Acara : 3rd Thailand International Youth Forum 2010
Tarikh : 01-12 April 2010

2. Acara : APR Workshop on Membership Growth
Tarikh : 20-23 Mei 2010

3. Acara : APR Workshop on Community Bases Scouting
Tarikh : 27-30 Mei 2010

4. Acara : 15th Nippon Jamboree, Japan
Tarikh : 02-08 Ogos 2010

5. Acara : 27th APR Scout Jamboree
Tarikh : 04-09 Ogos 2010

Perincian berkenaan acara di atas boleh diperolehi melalui Edaran Program: Jemputan Program.

Para pengakap yang berminat untuk menyertai acara tersebut sila berhubung dengan kakitangan bertugas:

Kakitangan : En. Abdul Rahim Abdul Hamid
Pen. Setiausaha ( Program )
: 017-6156880

Jamb 100 dan Jambori ASEAN ke 3



"Building Common Space"

Jamb 100 dan Jambori ASEAN ke 3

Persatuan Pengakap Singapura akan menganjurkan Jamb 100 dan Jambori ASEAN ke 3 bersempena dengan sambutan 100 tahun usia Kepengakapan di Singapura.

Tarikh : 4hb - 9hb Disember 2010
Tempat : Sarimbun, Singapura
Kelayakan : Pengakap Muda dan Pengakap Remaja (11 - 16 tahun )
Pemimpin Pengakap dan Pengakap Kelana ( IST )
Yuran : Peserta Antarabangsa USD 200
Peserta IST USD 150

Perincian berkaitan perkara di atas boleh diperolehi melalui muat turun dokumen di bahagian Edaran Program Pengakap : Jamb 100 Overseas Circulars.

Penyertaan adalah melalui Persekutuan Pengakap Malaysia dan para Pengakap berdaftar yang ingin menyertai acara tersebut diminta berhubung dengan kakitangan bertanggungjawab pada atau sebelum 31hb Julai 2010:

Kakitangan : En. Abdul Rahim Abdul Hamid
Pen. Setiausaha ( Program )
: 017-6156880

Jambori Pengakap Rantau Asia-Pasifik ke 27


"Scout ; Embrace the earth"

Jambori Pengakap Rantau Asia-Pasifik ke 27

Persatuan Pengakap Korea akan menganjurkan Jambori Pengakap Rantau Asia-Pasifik ke 27 bersama Jambori Antarabangsa Patrol ke 3 di tapak jambori Suncheon.

Tarikh : 4hb - 9hb Ogos 2010
Tempat : Tapak jambori Suncheon
Wilayah Jeolla
Kelayakan : Pengakap Muda dan Pengakap Remaja (12 - 17 tahun )
Pemimpin Pengakap dan Pengakap Kelana ( 18 - 45 tahun )
Yuran : Peserta Antarabangsa USD 200

Perincian berhubung perkara di atas boleh dimuat turun melalui Edaran Program Pengakap:

APR Cir. No. 4 2010 : 27th APR Jamboree
Halaman Web : http://www.jamboree.or.kr
Penyertaan adalah melalui Persekutuan Pengakap Malaysia dan para Pengakap berdaftar yang ingin menyertai acara tersebut diminta berhubung dengan kakitangan bertanggungjawab:

Kakitangan : En. Abdul Rahim Abdul Hamid
Pen. Setiausaha ( Program )
: 017-6156880

Kursus Pengurusan Keselamatan Pengakap Malaysia 2010


Kursus Pengurusan Keselamatan Pengakap Malaysia 2010

Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia dibawah seliaan Jawatankuasa Pengurusan Risiko, Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia akan menganjurkan Kursus Pengurusan Keselamatan Pengakap Malaysia 2010.

Tarikh : 2hb - 4hb Julai 2010
Tempat : Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah
Kuantan, Pahang
Kelayakan : Pemimpin Pengakap ( 20 - 45 tahun )
Yuran : RM 150

Perincian berhubung perkara di atas boleh dimuat turun melalui Edaran Latihan Pengakap:

PPM-2(384)/2010 : Kursus Pengurusan Keselamatan Pengakap Malaysia
PPM-4(106)/2010 : Permohonan Pelepasan dan Kebenaran Guru

Penyertaan adalah melalui Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia Negeri-Negeri dan para Pemimpin Pengakap berdaftar yang ingin menyertai acara tersebut diminta berhubung dengan kakitangan bertanggungjawab pada atau sebelum 21hb Jun 2010:

Kakitangan : Mohd Hilmi Abu Bakar
Setiausaha, Jawatankuasa Pengurusan Risiko
Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia
: 012-3263126


Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia


Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia (The Scouts Association of Malaysia, PPM) adalah merupakan satu badan berpakaian seragam yang telah ditubuh dan dikawal selia secara langsung oleh Akta Parlimen Akta No. 38 tahun 1968; Akta Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968 dengan pindaan Akta Parlimen Akta No. 143 tahun 1974; Akta Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia 1974 dan semakan Akta Parlimen Akta No. 409 tahun 1989; Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968.
Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia adalah merupakan sebahagian dari Pergerakan Pengakap sejagat dan menganggotai World Organization of the Scout Movement (WOSM).