Search This Blog


Pages

Saturday, January 16, 2010

FALSAFAH PENGAKAP

Pergerakan Pengakap mempunyai tujuan untuk memberi latihan kepengakapan yang berasaskan prinsip dan Undang-Undang Pengakap ke arah mencapai nilai-nilai murni dan mengeratkan persaudaraan pengakap antara bangsa tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan serta bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani dengan berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.

MISI PENGAKAP


Misi kepengakapan ialah memberi sumbangan kepada generasi muda melalui sistem nilai yang berasaskan kepada Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap, membantu membina dunia yang lebih baik, dimana penduduknya boleh berdikari sebagai individu serta dapat memainkan peranan yang berguna membangun untuk masyarakat.

Uniform Kelana


Monday, January 11, 2010

SKIM LENCANA PENGAKAP KELANA

Undang-undang Pengakap

The Scout Laws

1. A Scout’s honour is to be trusted.
2. A Scout is loyal.
3. A Scout’s duty is to be useful and to help others.
4. A Scout is a friend to all and a brother to every other Scout.
5. A Scout is courteous.
6. A Scout is a friend to animals.
7. A Scout obeys orders of his parents, Patrol Leader or Scoutmaster without question.
8. A Scout smiles and whistles under all difficulties.
9. A Scout is thrifty.
10. A Scout is clean in thought, word and deed.

UNDANG-UNDANG PENGAKAP (Malay Version of The Scout Laws)

1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.
2. Pengakap adalah seorang yang kepada Yang Dipertuan Agong serta Raja-Raja dan kepada Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya, Ibubapanya, majikannya dan orang-orang dibawahnya.
3. Pengakap adalah waijip menjadikan dirinya berguna, dan menolong orang pada setiap masa.
4. Pengakap adalah sahabat kepada sekelian orang dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkay dan ugamanya sekalipun.
5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi perkertinya dan sentiasa berbudi.
6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang.
7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibubapanya, Ketua Patrolnya atau Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya dengan tiada apa-apa soalan.
8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam masa kesusahan.
9. Pengakap adalah jimat dan cermat.
10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.

MATLAMAT DAN MISI

MATLAMAT BERPENGAKAP
Melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi perkembangan fizikal, intelek, sosial dan kerohanian serta bertanggungjawab kepada masyarakat, negara dan masyarakat antarabangsa.
MISI PENGAKAP MALAYSIA

Memberi sumbangan pendidikan tidak formal kepada generasi muda melalui sistem nilai berasaskan Persetiaan dan Undang-undang Pengakap, bagi membantu Membina dunia yang lebih baik, penduduknya boleh berdikari sebagai individu serta dapat memainkan peranan yang berguna untuk masyarakat dengan :

  • Penglibatan sepanjang tahun dalam proses pendidikan Tidak formal;
  • Menjadikan setiap individu agen utama pembangunan diri ke arah berdikari, bertanggungjawab dan komited ;
  • Membina sistem nilai berasaskan prinsip-prinsip kerohanian, sosial dan peribadi seperti Yang ternyata dalam Persetiaan danUndang-undang Pengakap .

Falsafah Persekutuan Pengakap Malaysia adalah untuk menyediakan skim latihan kepimpinan berasaskan kepada Prinsip dan Undang-undang Pengakap dengan bermatlamatkan berbuat baik dan mempertingkatkan semangat persaudaraan tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan bagi membentuk masyarakat yang seimbang dari segi intelek, kerohanian dan fizikal diatas landasan kepercayaan kepada Tuhan.

Pengakap juga berusaha untuk membentuk disiplin dan jati diri dengan menerapkan nilai-nilai kesopanan serta mewujudkan sifat bertanggungjawab terhadap diri, keluarga dan juga masyarakat di dalam diri setiap ahli bagi mencapai matlamat pergerakan pengakap membentuk warganegara yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

APAKAH PENGAKAP KELANA ?

Pengakap Kelana ialah kumpulan Pengakap bahagian dewasa di bawah Persekutuan Pengakap Malaysia, terbuka kepada belia yang berusia di antara umur 17 ½ tahun hingga 25 tahun.

Pengakap Kelana memberikan keseronokan, mewujudkan persahabatan dan menawarkan aktiviti yang menarik kepada semua belia yang menyertainya. Aktiviti-aktiviti Pengakap Kelana dijalankan bersama ahli-ahli yang mempunyai persefahaman dan aktif di dalam satu kumpulan yang dinamakan sebagai Krew Pengakap Kelana. Program Latihan Pengakap Kelana menawarkan aktiviti dan keseronokan di serata dunia daripada segi cabaran fizikal dan mental.
Ia juga memberi peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat luar serta menyediakan peluang untuk melancong di dalam Malaysia dan juga ke luar negara. Ahli-ahli Krew Pengakap Kelana akan diberi tugas untuk menguruskan Krew sendiri dan memastikan program Latihan Pengakap Kelana dilaksanakan. Menyertai Krew Pengakap Kelana adalah salah satu langkah bijak dan berfaedah dalam hidup anda. Ia membuka pintu kepada persahabatan baru, memberikan keseronokan, cabaran dan pengalaman berharga yang sukar untuk dilupakan.

PERSETIAAN PENGAKAP