Search This Blog


Pages

Monday, January 11, 2010

APAKAH PENGAKAP KELANA ?

Pengakap Kelana ialah kumpulan Pengakap bahagian dewasa di bawah Persekutuan Pengakap Malaysia, terbuka kepada belia yang berusia di antara umur 17 ½ tahun hingga 25 tahun.

Pengakap Kelana memberikan keseronokan, mewujudkan persahabatan dan menawarkan aktiviti yang menarik kepada semua belia yang menyertainya. Aktiviti-aktiviti Pengakap Kelana dijalankan bersama ahli-ahli yang mempunyai persefahaman dan aktif di dalam satu kumpulan yang dinamakan sebagai Krew Pengakap Kelana. Program Latihan Pengakap Kelana menawarkan aktiviti dan keseronokan di serata dunia daripada segi cabaran fizikal dan mental.
Ia juga memberi peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat luar serta menyediakan peluang untuk melancong di dalam Malaysia dan juga ke luar negara. Ahli-ahli Krew Pengakap Kelana akan diberi tugas untuk menguruskan Krew sendiri dan memastikan program Latihan Pengakap Kelana dilaksanakan. Menyertai Krew Pengakap Kelana adalah salah satu langkah bijak dan berfaedah dalam hidup anda. Ia membuka pintu kepada persahabatan baru, memberikan keseronokan, cabaran dan pengalaman berharga yang sukar untuk dilupakan.